SUBJEK : SAINS TEKNOLOGIDAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
NAMA PENSYARAH : PUAN NURLIYANA BINTI
JABATAN : JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
SESI : DISEMBER 2016
KELAS : DTK2A
NAMA AHLI KUMPULAN:
- FARAH MADIHAH BINTI MAZLAN (02DTK16F1089)
- ROHAYU BINTI ROSLI (02DTK16F1032)
- AINI FATHIHAH BINTI ZAKRI (02DTK16F1038)
- HANIS FARZANA BINTI JAMALUL RUDAD (02DTK16F1074)
- INTAN NAJIHAH BINTI MAT NOR (02DTK16F1123)
- SYAZWANI 'IZZATI BINTI MOHAMED SHAHARI (02DTK16F1117)
PENGENALAN
Sains teknologi
dan kejuruteraan merupakan sebahagian daripada ilmu yang terdapat dalam wahyu
yang diturunkan oleh Allah SWT melalui Al-Quran. Al-Quran ialah sumber
intelektual dan spiritual islam yang agung, Kalam Allah SWT ini adalah asas
bukan hanya bagi agama dan pengetahuan spiritual tetapi bagi semua cabang ilmu
pengetahuan. Al-Quran juga merupakan satu sumber utama dan inspirasi pandangan
Muslim tentang kesepaduan Sains dan pengetahuan intelektual (Ab. aziz, 2008).
PENGERTIAN
HADIS
Hadis berasal
dari perkataan Al-Hadis bermaksud 'baru' atau 'kata-kata'. Dari segi istilah
pula bermaksud sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W sama ada
berbentuk perkataan, perbuatan atau sifat.
Hadis adalah
segala perkataan (sabda), perbuatan dan ketepatan dan persetujuan dari Nabi
Muhammad SAW yang dijadikan ketetapan ataupun hukum dalam agama islam. Hadis
dijadikan sumber hukum dalam agama islam selain Al-Quran, Ijmak dan Qais,
dimana dalam hal ini kedudukan hadis merupakan sumber hukum kedua setelah
Al-Quran
Ada banyak ulama
periwayat hadis, namun yang sering dijadikan referensi hadis-hadisnya ada 7
ulama, yakni Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Tirmizi, Imam
Ahmad, Imam Nasa’i, dan Imam Ibnu Majah.
PERANAN AL-QURAN DAN HADIS SEBAGAI SUMBER SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
- · Sebagai pelengkap dan dapat membezakan antara haq dan batil
- · Dalam konteks ilmu sains, historiografi sains Islam pula, jelas mengakui kemungkinan terdapat kaedah kaedah sains dan fakta fakta serta ilmu sains yang terhasil dalam tamadun awal yang tidak bertentangan dengan risalah Tauhid dan Islam sendiri.
- · Al-Quran bukan seperti sebuah buku fizik, matematik, kimia, biologi atau buku perubatan . Al-Quran dikaitkan dengan bidang-bidang tersebut.
- · Al-Quran menekankan bahawa alam semesta ini diciptakan untuk melaani kehendak manusia.
- · Al-Quran menjelaskan bahawa bantuan Tuhan kepada Allah S.W.T telah mengajak manusia supaya berfikir, mengkaji dan meneliti setiap ciptaan-Nya sebagaimana firman-Nya : (suruh Ali ’Imran )
- · Allah S.W.T menjelaskan dalam firman-Nya dalam ayat Al-Quran dengan menggunakan perkataan, "Apakah kamu terfikir? Apakah kamu tidak melihat? Apakah kamu tidak mendengar?" dan sebagainya bagi mengajak sekalian manusia supaya menggunakan akal fikiran dan mata hati memerhatikan segala keajaiban dan kejadian yang Allah S.W.T ciptakan.
- · Dalam surah Al-Ghashiyah Allah S.W.T berfirman:
- Al-Quran juga telah menyebut dengan jelas kegunaan dan manfaatnya kepada seluruh manusia sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah Al-Hadid:
- · Islam telah menggariskan beberapa perkara penting yang perlu dilandasi dalam melaksanakan setiap kajian sama ada dalam bidang sains, teknologi atau kejuruteraan.
FUNGSI HADIS TERHADAP AL-QURAN
- Menguat dan menegaskan hukum yang terhadap dalam Al-Quran
- Menguraikan dan merincikan yang global (mujmal), mengkaitkan yang mutlak dan mentakhsiskan yang umum (‘am), tafsil, takyid, dan takhsis berfungsi menjelaskan apa yang dikehendaki Al-Quran. Rasulullah mempunyai tugas menjelaskan Al-Quran sebagaimana firman Allah SWT dalam QS. An-Nahl ayat 44 :
PERANAN
SAINS DAN TEKNOLOGI
- Membantu manusia mengenal pencipta sains dan teknologi serta penyelidikan menghantar penyelidik-penyelidik ke dasar atau punya ilmu Allah SWT atau ke persisian keagungan Ilahi Al-Alim, Al-Hakim dan Al-Khabir, Tajik Kajian (subjek matter), itu dilihat sebagai tanda-tanda keagungan Allah SWT (the sign of souverengnty Allah) di alam nyata yang tersusun rapi dan unik.
- Untuk memahami hakikat inilah, Allah SWT dengan perantaraan Al-Quran, Al-Karim menyebut tidak kurang dari 750 ayat menjelaskan fonemena saintifik yang terdapat alam nya ini.
- Menyingkap fenomena ini, bererti manusia telah berinteraksi dengan nama-nama Allah SWT dan sifat-sifatNya yang maha tinggi dan mulia secara langsung dan praktikal.
- Inilah maksudnya sains dan teknologi membawa manusia menerima dan mengiktiraf keagunganNya (accepted and acknowledged) dan beriman serta tunduk di bawah peraturan Allah SWT sebagai seorang Islam-aslamna lillah Muslimin.
TUNTUTAN MENGKAJI SAINS DAN TEKNOLOGI
- · Perbezaan ketara antara islam dan agama-agama lain ialah menganjurkan kajian dan penyelidikan secara terbuka terhadap bidang kuasa yang termampu olehakal fikiran mengkajinya agar memperolehi sesuatu hakikat atau makna yang tepat terhadap sesuatu objek perkara atau fenomena kejadian di alam semesta ini.
- · Tradisi Al-Quran dari Allah SWT membuka minda manusia untuk berfikir dan mengkaji kejadian di langit dan di bumi agar bertambah peranan akal rasional dalam meneliti hakikat kejadian Ilahi di hadapan mata mereka, kemudian Allah SWT mendorongkan jiwa halus serta perasaan fitrah mereka mengiktirafkan kehebatan ilmu dan teknologi Maha Pencipta yang terbentang secara konkrit untuk kegunaan dan faedah manusia.
KEPENTINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM
- · Ilmu sains dan teknologi tanpa islam boleh diibaratkan seperti sebilah pedang di tangan seorang yang mabuk, atau cahaya api di tangan seorang pencuri yang memungkinkan dia mencuri barang-barang yang terbaik.
- · Atas sebab inilah pemisahan antara Islam dengan sains dan teknologi hanya akan membawa kepada kemusnahan kerana mereka yang menguasai ilmu tanpa pimpinan agama akan dipimpin oleh nafsu haloba.
- · Oleh itu, peranan agama adalah sangat penting dalam memastikan segala ilmu termasuk sainsdan teknologi tidak disalahgunakan untuk kepentingan individu ataupun golongan tertentu.
- · Senario dunia masakini juga seolah-olah menuntut umat islam untuk kembali untuk menguasai ilmu sains dan teknologi sebagai saluran untuk mencapai kemajuan dan pemodenan.
KESIMPULAN
Hadis merupakan sesuatu yang penting dalam sains teknologi dan kejuruteran dalam islam. merujuk dari hadis umat islam boleh menjadi umat yang maju dan kuat. Melalui hadis juga banyak telah terbukti tentang sains yang dicapai oleh umat islam dan manusia. Disamping itu telah lahir ramai sarjana sarjana islam yang membuktikan tentang kaitan hadis dengan sains.
Sebagai seorang muslim, kita seharusnya mengambil cakna mengenai hadis yang telah dibuktikan dengan penemuan sains.
Sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal, seharusnya bijak membezakan perkara yang bermanfaat dan sebaliknya.
RUJUKAN
- http://reldkm2c97.blogspot.my/
- http://mohd97.blogspot.my/
- http://fatehahdka.blogspot.my/
- http://alamsufaimi.blogspot.my/2016/09/peranan-al-hadis-dalam-sumber-rujukan.html
- buku sains teknologi dan kejuruteraan dalam islam edisi politeknik







No comments:
Post a Comment